Seiring dengan proses pembinaan zon perdagangan bebas China-ASEAN, keunggulan geografi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China lebih menonjol kerana ia berjiran dengan ASEAN, pintu keluar masuk Guangxi merupakan "pusat perantaraan" barangan yang amat penting antara China dan ASEAN. Menurut statistik kastam, pada tahun 2003, jumlah barang perdagangan antara perusahaan China dengan negara ASEAN yang diangkut melalui Guangxi mencatat lebih 400 juta dolar Amerika yang telah bertambah 40% berbanding tahun 2002.
Menurut statistik pakar, pintu keluar masuk Guangxi sebagai "pusat perantaraan" pengangkutan barangan China-ASEAN masih berpotensi besar, ini kerana Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi mempunyai keunggulan seperti berikut:
Pertama, jaringan perhubungan lalu lintas Guangxi yang disambungkan dengan negara ASEAN telah dibentukkan. Jumlah lebuh raya Guangxi sepanjang lebih 1,000 kilometer, wilayah itu juga mempunyai lebih 10 batang jalan raya yang menyambungkan Vietnam. Laluan menuju ke sempadan yang paling mudah di Guangxi adalah lebuh raya Nanyou yang akan selesai dibina pada tahun 2005. Jaringan pengangkutan landasan kereta api Guangxi bukan sahaja bersambung dengan 4 buah pelabuhan besar China di Teluk Beibu, tetapi juga boleh sampai ke Hanoi dan bersambung dengan landasan kereta api Pan-Asia; beberapa pelabuhan terletak di Teluk Beibu Guangxi sedang diperluaskan pembinaannya dengan pesat, menjelang tahun 2010, jumlah muatan dan punggahannya akan meningkat kepada 50 juta tan daripada lebih 20 juta tan sekarang. Laluan penerbangan sedang disempurnakan, lapangan terbang di Nanning dan Guilin telah membuka penerbangan ke Hanoi, Bangkok dan Kuala Lumpur, penerbangan yang baru dan tambahan dengan bandar pelbagai negara ASEAN juga sedang dirancangkan.
Kedua, pintu keluar masuk Guangxi semakin dianggap oleh kalangan perusahaan sebagai pusat perantaraan barangan yang paling baik antara China dan ASEAN. Guangxi terletak di pantai laut dan kawasan sempadan, barangan China yang dieksport kepada ASEAN terutamanya kepada Vietnam kebanyakannya diangkut melalui Guangxi kerana jarak pengangkutan pendek dan kosnya rendah; kebanyakan barangan pelbagai negara ASEAN dieksport kepada China juga diangkut kepada China melalui Guangxi. Pada tahun 2003, jumlah import eksport barangan di pintu keluar masuk Pingxiang mencapai 750 ribu tan. Sempena Ekspo China-ASEAN akan diadakan, pelbagai pintu keluar masuk di kawasan sempadan di Guangxi sedang meningkatkan pembinaan infrastruktur dan daya laluan barangan.
|