|
Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Naib Menteri Kesihatan China Encik Gao Qiang semalam telah mengarahkan badan kesihatan pelbagai peringkat mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan pengurusan keselamatan terhadap makmal biologi di seluruh negara.

Dalam sidang video kebangsaan yang diadakan di Beijing, Encik Gao Qiang mengumumkan keputusan kajian punca yang mengakibatkan perebakan wabak SARS yang berlaku di Bandar Beijing dan Provinsi Anhui pada April tahun ini.

Beliau menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China akan mengkaji dan mengambil tindakan yang berkesan untuk melindungi kesihatan ahli sains, dan bersungguh-sungguh menjalankan sistem kawalan dan laporan kesihatan ahli sains.

Berdasarkan keputusan kajian tersebut bahawa perebakan wabak SARS berlaku pada April tahun ini disebabkan Makmal Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China menjalankan pengurusan yang salah sehingga makmal tersebut dicemar dan kakitangannya dijangkit virus.



|