Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-09 10:24:47    
China Utamakan Industri Teknologi Tinggi

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa pelbagai kementerian China termasuk Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China dan Kementerian Sains dan Teknologi China baru-baru ini bersama-sama mengumumkan "Panduan Bidang Industri Teknologi Tinggi yang Perlu Diutamakan pada Masa Ini" agar dapat membantu para pelabur dan menjanakan perkembangan industri teknologi tinggi.

 

Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China berkata, "Panduan Bidang Industri Teknologi Tinggi yang Perlu Diutamakan pada Masa Ini" meliputi 10 kategori termasuk teknologi maklumat, biologi, ubat baru, bahan baru, penerbangan dan angkasa lepas. Ini merupakan tindakan penting yang dilaksanakan oleh kerajaan China untuk menjana perkembangan industri teknologi tinggi dan memantapkan penyusunan semula struktur industri penting.