Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa pegawai Suruhanjaya Pertanian Provinsi Anhui China Encik Zhou Shiqi memaklumkan hari ini, perebakan wabak selesema burung yang baru tidak berlaku di kawasan sekitar Bandar Chaohu, dan ini membuktikan saluran perebakan wabak itu telah diputuskan dan dapat dikawal.
Setelah wabak selesema burung merebak di Provinsi Anhui, kerajaan tempatan segera secara menyeluruh melaksanakan mekanisme kecemasan untuk mencegah perebakan wabak itu, semua ayam dan itik yang berada dalam lingkungan 3 kilometer persegi telah dibakar, dibasmi kuman atau dikubur, tempat serta peralatan yang dicemari juga dibasmi kuman.
|