|
Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa pegawai Jabatan Kesihatan Provinsi Anhui China memaklumkan hari ini bahawa pada masa ini, warga yang berkontak dengan selesema burung di Provinsi Anhui tidak didapati diagnosis yang kurang normal.
Dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Anhui telah menghantar kumpulan pakar menuju ke kawasan perebakan wabak selesema burung.
Bahagian kesihatan tempatan telah mengenal pasti seramai 37 orang yang pernah berkontak dengan ayam dan itik yang mati akibat selesema burung, dan mendaftar nama mereka.
Keadaan kesihatan mereka akan dilaporkan kepada Pusat Kawalan Penyakit Provinsi Anhui.
Pegawai Suruhanjaya Pertanian Anhui Encik Zhou Shiqi juga menyatakan bahawa saluran perebakan wabak selesema burung telah diputuskan.
|