Menurut Agensi Berita Xinhua China, pada enam bulan pertama tahun ini, perdagangan luar pelabuhan Shanghai kekal makmur. Jumlah dagangan import dan eksport kasar mencatat 130.4 bilion dolar Amerika, meningkat lebih 40% berbanding tempoh yang sama tahun lepas dan mencapai lebihan perdagangan sebanyak 14 bilion dolar Amerika.
Menurut statistik Kastam Shanghai, pada enam bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan pelabuhan Shanghai dengan Kesatuan Eropah, Jepun dan A.S. menduduki lebih 50% daripada jumlah keseluruhan dagangan import eksport. Antara itu, perdagangan dengan Kesatuan Eropah dan Jepun adalah kurangan.
|