Menurut berita CRI: cadangan untuk mengubati SARS dengan ubat-ubatan tradisonal China yang ditetapkan bersama oleh Pejabat Pasifik Barat WHO dengan Jabatan Pengurusan Perubatan Tradisional China telah diumumkan secara rasmi semalam. Ini merupakan cadangan perubatan SARS dengan ubat-ubatan tradisional China pertama di dunia. Dalam cadangan itu diperkenalkan cara perubatan SARS, resep ubat dan cara pemulihan.
Berdasarkan makluamt, ubat tradisional China banyak digunakan di kawasan Asia timur. Kebanyakan kes SARS juga tertumpu pada kawasan itu pada tahun lalu. Sehubungan dengan itu, cadangan perubatan itu akan diperkenalkan terlebih dahulu di kawasan Asia timur dan Oceania.
|