Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-12 13:41:49    
Pembangunan Pulau Chongming China Ditetapkan Berdasarkan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar

Agensi Berita Xinhua China
Berdasarkan maklumat Kerajaan Kaunti Chongming Shanghai baru-baru ini, Pulau Chongming akan dibangunkan berdasarkan perlindungan ekologi alam sekitar, ini merupakan strategi utama untuk mewujudkan matlamat perkembangan secara berterusan di Shanghai China pada masa depan. Jumlah keluasan zon perlindungan alam sekitar yang kekal dan tanah simpanan strategi menduduki 60% ke atas jumlah keseluruhan pulau itu.

Pulau Chongming merupakan pulau ke-3 terbesar di China. Jumlah keluasannya mencatat 1229 kilometer persegi.

Kerajaan Shanghai menyatakan, penerokaan Pulau Chongming akan dilaksanakan dengan berhati-hati kerana pulau itu merupakan "tanah Shanghai terakhir yang boleh diteroka secara besar-besaran dan sumber ekologi di pulau itu amat kaya". Pulau Chongming akan dibangunkan berdasarkan perlindungan ekologi alam sekitar. Pada masa ini, tugas yang penting ialah melaksanakan perlindungan ekologi alam sekitar dan membentuk kawasan simpanan tanah industri ekologi yang baru.

Menurut Naib Ketua Kaunti Chongming Shanghai, keluasan kawasan zon perlindungan ekologi yang kekal yang ditetapkan di Pulau Chongming berjumlah 600 kilometer persegi, menduduki separuh keluasan pulau itu. Lumpur di kuala sungai pulau itu merupakan yang terbesar di dunia, perlindungan ekologi alam sekitar di kawasan raya dan kawasan biologi di kuala Pulau Chongming merupakan tugas utama kerajaan bandar Shanghai.

Selain itu, 10% hingga 15% kawasan di pulau itu akan dijadikan kawasan simpanan strategi untuk perkembangan industri ekologi yang merangsang pertumbuhan ekonomi Shanghai pada masa depan dan menyediakan tapak yang cukup bagi pelaksanakan projek antarabangsa yang penting di Shanghai. Menurut pegawai Kaunti Chongming, perkembangan pertanian moden, industri maju tanpa pencemaran dan industri pemprosesan bahan makanan hijau tanpa pencemaran, industri kitar semula akan diutamakan di Pulau Chongming. Selain itu, perkembangan industri pelancongan, industri sukan, perkhidmatan pejabat pintar, perusahaan pengkajian dan perkembangan sains dan pendidikan juga akan dibina di pulau itu.

Datuk bandar Shanghai Encik Han Zheng menyatakan, setelah rancangan pembangunan Pulau Chongming China akan dilaksanakan berdasarkan perlindungan ekologi alam sekitar, kerajaan bandar Shanghai akan "menyokong pembangunan Pulau Chongming dengan sedaya upaya." Pada masa ini, kerajaan bandar Shanghai telah berjanji mengemukakan pindaan dasar dan pembayaran kewangan perusahaan awam untuk projek pembangunan Pulau Chongming, jika peruntukan kewangan di pulau itu lebih rendah daripada kawasan dan kaunti bandar Shanghai lain dalam bidang perusahaan awam seperti pendidikan dan kesihatan, kekurangan itu akan ditampung oleh badan kewangan kerajaan bandar Shanghai. Di samping itu, kerajaan bandar Shanghai akan menubuhkan "Tabung Pembangunan Ekologi Chongming".

Ketua kaunti Chongming Encik Sun Lei menyatakan, projek laluan bahagian timur yang menghubungi bandar Shanghai dengan Pulau Chongming akan mula dibina pada tahun ini. Ini bermakna penerokaan Pulau Chongming akan dilaksanakan dengan lebih berhati-hati setelah rancangan pembangunan Pulau Chongming China ditetapkan berdasarkan perlindungan ekologi alam sekitar.

Menurut maklumat pegawai bahagian perancangan Kaunti Chongming, "Zon Ekologi Ujian" Ekspo Dunia Shanghai tahun 2010 akan dibina di pekan Chenjia yang berdekatan zon perlindungan paya Pulau Dongtanhou Chongming.

----Ching