Berdasarkan panduan "Bersungguh-sungguh Mencapai Ketelitian Bertaraf Tinggi", Syarikat Kumpulan Kaca Taiwan Bhd. telah berkembang menjadi syarikat kaca timbul yang ke-9 terbesar, dan juga syarikat pengeluar kaca serat yang ke-4 terbesar di dunia. Pengurus Besar Kumpulan Kaca Taiwan Encik Lin Bofeng ialah anggota "Keluarga Lin" yang terkenal di Taiwan. Walaupun selalu sibuk bekerja di pelbagai tempat, beliau membahagikan 1/3 masanya tinggal di Bandar Kunshan, China.
Sewaktu memperkatakan sejarah kerjayanya, Encik Li Bofeng berkata, beliau pada mulanya hanya bekerja di syarikat ayahnya iaitu "Kumpulan Kaca Taiwan". Semasa bekerja di syarikat ayahnya, beliau telah ditugaskan sebagai pemerika kargo di bahagian pemeriksaan kargo, Kilang Kaca Latar Xinzhu. Seterusnya, Encik Li Bofeng bertugas di pelbagai bahagian lain termasuk bahagian pengeluaran, dan mempelajari teknologi pembuatan kaca di pelbagai negara termasuk Jepun, A.S, Britain dan Jerman.
Setelah mendapat pengalaman dan pengetahuan yang luas, Encik Lin Bofeng menjalankan sendiri urusan di syarikat itu. Pada tahun 1993, Encik Lin Bofeng mengetuai Kumpulan Kaca Taiwan melabur di tanah besar China. Beliau telah menubuhkan kilang di Bandar Qingdao. Seiring dengan perkembangan pesat ekonomi kawasan Delta Sungai Yangtzer, Encik Lin Bofeng yang bijak menyedari perkembangan trend pelaburan meninjau peluang perniagaan di Bandar Kunshan dan pada tahun 1994 mendapati tempat itu sesuai untuk mengembangkan perniagaannya, dan akhirnya memutuskan menubuhkan perusahaan pengeluaran kaca timbul yang ke-2 Kumpulan Kaca Taiwan di Tanah Besar China.
Dalam laporan penilaiannya, Encik Lin Bofeng berpendapat pasaran, bahan mentah, lalu lintas, keefisienan kerajaan dan tenaga manusia dan kepakaran mereka merupakan sebab beliau melabur di Kunshan. Beliau berkata, Bandar Kunshan mempunyai iklim pelaburan yang bagus dan jaringan lalu lintas yang maju. Selain itu, Kunshan juga mempunyai tenaga manusia yang banyak. Encik Lin Bofeng berkata, usahawan Taiwan mencapai satu persefahaman iaitu perusahaan besar mengutamakan kerja tenaga manusia manakala perusahaan kecil mengutakana kerja urus niaga. Maka, perusahaan yang berjaya biasanya amat mementingkan kepakaran pekerja. Bandar Kunshan terletak berdekatan Bandar Shanghai, bandar komersial yang terbesar di China dan mempunyai sumber pekerja mahir yang besar.
Masih segar dalam ingatan Encik Lin Bofeng bahawa kerajaan Bandar Kunshan telah memberi keutamaan kepada pedagang yang melabur di sana. Sewaktu kilangnya ditubuhkan pada tahun 1995, Syarikat Kaca Changjiang Kumpulan Kaca Taiwan Bhd. mengalami kesukaran dalam proses pengesahan. Encik Zhang Wenao, bekas Ketua Jabatan Hal Ehwal Taiwan Bandar Kunshan, pegawai kerajaan tempatan pada waktu itu telah menghubungi syarikat tersebut, beliau pernah 18 kali pergi ke Bandar Beijing, ibu negara China untuk menangani prosedur yang berkaitan. Khususnya dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 1996, beliau tinggal di Bandar Beijing untuk mengurus kerja itu. Kedua-dua mereka saling berhubungan melalui telefon sekurang-kurangnya sekali dan mengirim sekurang-kurangnya satu fakx setiap hari. Kemudian, kesukaran tersebut dapat diatasi dan mereka juga menjadi kawan baik dan saling menghubungi dengan telefon antara satu sama lain.
Dimaklumkan oleh kakitangan Persatuan Perdagang Taiwan Bandar Kunshan bahawa Encik Lin Bofeng pernah dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Usahawan Taiwan Bandar Kunshun itu dalam pemilihan pertama, kedua dan kelima, dan mempunyai reputasi yang tinggi di kalangan pedagang Taiwan. Beliau mesra dan murah hati dan dipanggil "Pak Lin" oleh kawan kawannya.
Encik Lin Bofeng berkata kepada wartawan bahawa syarat tinggal, makanan dan minuman di Bandar Kunshan hampir sama seperti di Taiwan, dan kehidupan di sana agak mudah, dan beliau berpuas hati tentang kehidupannya sekarang.
----Azmi
|