Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-11 18:41:37    
China Akan Tumpukan Kewangan Awam ke Kawasan Desa secara Berperingkat

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Menteri Kewangan China, Jin Renqing baru-baru ini menyatakan bahawa kerajaan China akan mengubahsuai mekanisme pembahagian sumber kewangan awam untuk menambahkan peruntukan terhadap kawasan desa dan sektor pertanian.

Jin Renqing mendedahkan bahawa bermula dari tahun ini, China akan memansuhkan cukai hasilan bercirikan tempatan pertanian kecuali daun tembakau dan akan memansuhkan cukai pertanian secara menyeluruh dalam jangka lima tahun akan datang untuk meringankan beban kaum petani.

Di samping itu, China juga akan memajukan pelbagai pembaharuan untuk menyempurnakan persekitaran kehidupan dan produksi di kawasan desa dan mendorong ekonomi dan masyarakat urbanisasi berkembang secara laras.