Menteri Pendidikan China, Zhou Ji dan Ketua Pengarah Biro Perancangan Pendidikan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Li Guozhang semalam telah menandatangani memorandum tentang Tanah Besar dan Hong Kong saling mengiktiraf sijil ijazah pendidikan tinggi di Beijing.
Dokumen itu menetapkan bahawa mereka yang berijazah sarjana muda di Tanah Besar boleh menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana di institusi pengajian tinggi Hong Kong. Mereka yang berijazah sarjana di Tanah Besar juga boleh menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi di Hong Kong untuk ijazah kedoktoran. Pelajar Hong Kong juga boleh akan mendapat layanan yang sama di Tanah Besar China.
|