Menurut Agensi Berita China bahawa kerajaan provinsi Henan sedang giat mengambil pelbagai langkah untuk membantu kehidupan anak yatim yang kematian ibu bapa disebabkan penyakit AIDS. Kerajaan juga akan menyediakan bantuan rawatan kesihatan dan pendidikan supaya kehidupan normal mereka dapat dijamin.
Difahamkan, anak yatim tersebut boleh mengikuti pendidikan percuma dalam peringkat pendidikan wajib dan dibayar subsidi kesihatan serta biaya kehidupan sekali sebulan.
|