Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Pengarah Bahagian Asia Kementerian Perdagangan China Wang Bingxin dalam "Forum Pakar Ekspo China-ASEAN dan Pembangunan Guangzxi" yang diadakan baru-baru ini menyatakan bahawa sejak tahun 1993, ASEAN mengekalkan kedudukannya sebagai rakan perdagangan ke-5 terbesar China selama 11 tahun dan China menjadi rakan perdagangan ke-6 terbesar ASEABN.
Menurut statistik kastam China, dalam tempoh tahun 1990 hingga tahun 2003, pengikatan jumlah perdagangan China-ASEAN mencapai 20.86% purata setiap tahun, meningkat 4.25% berbanding dengan peningkatan jumlah perdagangan luar China dalam tempoh yang sama. Menurut statistik ASEAN, dalam tempoh tahun 1993 hingga tahun 2001, peningkatan jumlah perdagangan ASEAN-China mencapai 22.69% purata setiap tahun, meningkat 16.19% berbanding dengan peningkatan jumlah perdagangan luar ASEAN dalam tempoh yang sama. Jumlah perdagangan China-ASEAN mencapai 78.252 bilion dolar Amerika pada tahun 2003 iaitu 150 kali berbanding tahun 1975.
|