|
Sidang Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Delta Pan-Sungai Mutiasa Akan Dirasmikan di Guangzhou
Agensi Berita Xinhua China
|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Jawatankuasa Penganjur Sidang Ekonomi dan Perdagangan Delta Pan-Sungai Mutiara pertama di Guangzhou hari ini memaklumkan bahawa delegasi dari 9 provinsi di wilayah autonomi delta Pan-Sungai Mutiasa dan Hong Kong dan Makau akan menghadiri sidang kerjasama ekonomi dan perdagangan delta Pan –Sungai Mutiara yang diadakan pada 14 hingga 17 Julai untuk membincangkan kerjasama dalam bidang pembuatan, infrastruktur, perdagangan dan pembangunan sumber bahan galian berdasarkan cara operasi pasaran dan galakan kerajaan.
Naib pengarah eksekutif Jawatankuasa Penganjur Xu Shangwu berkata bahawa sidang pertama itu bertujuan untuk mengintensifkan kerjasama di kawasan delta Pan-Sungai Mutiasa dan melaksanakan perjanjian rangka kerjasama delta Pan-Sungai Mutiara yang ditandatangani pada awal Jun tahun ini.
|
|