Menurut berita CRI, pegawai Filipina semalam menyatakan, untuk menjamin keselamatan nyawa tebusan Filipina yang diculik oleh kumpulan bersenjata Iraq, kerajaan Filipina akan mengundurkan tentera mereka dari Iraq secepat mungkin.
Isteri tebusan Filipina bertolak dari Manila ke Jordan untuk menyelamatkan suaminya pada 11 Julai.
Timbalan Menteri Luar Filipina Rafael Seguis pada hari yang sama mengeluarkan kenyataan menerusi Stesen TV Al-Jazeera mengumumkan tentera Filipina akan diundurkan dari Iraq secepat mungkin dan menyeru kumpulan bersenjata Iraq membebaskan tebusan Filipina. Tetapi beliau tidak mendedahkan tarikh pengunduran tersebut.
|