Menurut Agensi Berita Xinhua, Biro Pastura Thailand semalam mengesan kes selesema burung di dua ladang ternakan yang terletak di bahagian utara dan tengah negara itu.
Kementerian Pertanian Thailand pada 7 Julai mengumumkan, wabak selesema burung kembali menular semula di Provinsi Ayutthaya dan Pathum thani, di tengah Thailand. Pada 10 Julai, kes kematian ayam disebabkan dijangkiti selesema burung dikesan lagi di Provinsi Uttaradit dan Sukhothai, di timur laut Thailand. Provinsi tersebut telah disahkan sebagai kawasan wabak.
|