Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-13 10:18:18    
ASEAN Destinasi Penting Pelaburan Perusahaan China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, setakat penghujung tahun 2003, jumlah program pelaburan perusahaan China di negara ASEAN mencatat 857 dan jumlah pelaburan pihak China telah mencapai 940 juta dolar Amerika. ASEAN sedang menjadi destinasi penting pelaburan perusahaan China di luar negara.

Ketua Pengarah Bahagian Asia Kementerian Perdagangan China, Wang Binxin baru-baru ini dalam "Forum Pakar Ekspo China-ASEAN dan Pembangunan Guangzxi" yang diadakan di Nanning berkata, berbanding dengan pelaburan negara ASEAN di China, jumlah pelaburan China ke negara ASEAN agak kecil, tetapi mempunyai potensi yang besar dan berkembang pesat.