Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-13 19:11:58    
Kerajaan China Mementingkan Kerja Pencegahan dan Perawatan AIDS

CRI
Wartawan CRI melaporkan, Timbalan Menteri Kesihatan China, Wang Longde hari ini di Bangkok menegaskan bahawa kerajaan China amat mementingkan kerja pencegahan dan perawatan penyakit AIDS.

Wang Longde ketika menghadiri sidang pemimpin rantau Asia-Pasifik Persidangan Penyakit AIDS Dunia Ke-15 menjelaskan, pada masa ini, pelbagai badan di China sedang berusaha untuk mencegah dan merawat penyakit AIDS dalam peringkat seluruh masyarakat di bawah pimpinan kerajaan.

Beliau menegaskan pula, China bersedia menyertai program kerjasama anti-AIDS antarabangsa secara aktif dan memberi sumbangan bagi mengawal perebakan penyakit itu bersama-sama pelbagai negara di dunia.