Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-13 16:10:48    
ASEAN Menjadi Destinasi Pelaburan Utama Korporat China

Agensi Berita Xinhua China
Setakat penghujung tahun 2003, korporat China telah melabur sebanyak 857 projek di negara ASEAN, jumlah pelaburan pihak China mencapai kira-kira 940 juta dolar Amerika. ASEAN telah menjadi destinasi pelaburan utama China di seberang laut.

Ketua Pengarah Bahagian Asia Kementerian Perdagangan China, Wang Bingxin dalam "Forum Ekspo China-ASEAN dan Pakar Pembangunan Guangxi" yang diadakan baru-baru ini menyatakan, pelaburan China di negara ASEAN kurang berbanding pelaburan ASEAN di China tetapi potensinya besar.

Menurut maklumat bahawa korporat China merupakan pelabur yang paling besar di negara membangun dan akan memperluas urus niaganya di seberang laut dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Negara ASEAN mempunyai sumber yang kaya dan menjadi destinasi pelaburan utama korporat China.

Pelaburan korporat China di ASEAN kini meliputi pembinaan, perhotelan, perlombongan, pengangkutan dan sebagainya.

Malaysia, Singapura, Myanmar, Thailand dan Vietnam merupakan rakan kerjasama utama China dalam bidang kontrak perburuhan.

Dimaklumkan bahawa setakat penghujung tahun 2003, jumlah kontrak perburuhan korporat China di negara ASEAN mencatat 11.937 bilion dolar Amerika.