Menurut Agensi Berita Xinhua China, pelaburan asing di Hong Kong pada separuh tahun pertama tahun ini mencipta rekod baru dalam sejarah, sebanyak 127 syarikat luar dan dalam negara melabur di Hong Kong, projek baru membawa perolehan sebanyak 3.4 bilion dolar Hong Kong kepada Hong Kong.
Ketua Pengarah Bahagian Pelaburan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong encik Lu Weisi semalam menyatakan bahawa beberapa pelabur asing menyatakan "Peraturan Penjalinan Hubungan Erat Perdagangan Tanah Besar China dengan Hong Kong" merupakan faktor utama mereka melabur di Hong Kong dan mereka juga berharap melalui Hong Kong memasuki pasaran Tanah Besar China.
|