Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-13 16:13:07    
Pembangunan Ekonomi Kawasan Timur Laut China Bawa Peluang Perniagaan kepada Makau

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, tokoh industri dan perdagangan Makau hari ini dalam forum yang diadakan di bandar Dalian, kawasan Timur Laut China menyatakan bahawa pembangunan ekonomi kawasan Timur Laut China iaitu pangkalan Industri lama China bukan sahaja membawa peluang kepada tiga provinsi di kawasan Timur Laut China, tetapi juga membawa peluang perdagangan kepada Makau. Ruangan kerjasama Makau dan tiga provinsi di kawasan Timur Laut China sangat luas, kedua-dua pihak boleh mewujudkan kerjasama yang saling melengkapi dan berkembang bersama.

Wakil Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga Pengurus Syarikat Chuangshi Makau Encik Liu Yiliang menyatakan bahawa Makau boleh memberi sokongan kepada tiga provinsi di kawasan Timur Laut China dalam bidang kewangan, pengangkutan, pelancongan dan lain-lain supaya mendorong pembukaan dan penubuhan mekanisme pasaran di kawasan Timur Laut China.