Empat Kawasan Contoh Pencegahan dan Rawatan Pesakit AIDS Peringkat Negara di Hainan China Mula Beroperasi
Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, pemberita dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Provinsi Hainan China bahawa empat kawasan contoh pencegahan dan rawatan pesakit AIDS bersepadu peringkat negara yang masing-masing terletak di Danzhou, Wenchang, Wanning dan Chengmai di Provinsi Hainan telah beroperasi secara menyeluruh. Serentak itu, terdapat tiga kawasan contoh pencegahan dan rawatan pesakit AIDS peringkat provinsi juga mulai beroperasi.
Difahamkan, Kementerian Kesihatan China akan menubuhkan 100 kawasan contoh pencegahan dan rawtan pesakit AIDS di China sebelum akhir tahun 2004.
|
|