"Hanya tinggal 111 hari 15 jam 23 minit 16 saat akan diadakan Ekspo China-ASEAN". Jam besar digantung di Lapangan Rakyat Etnik bandar Nanning untuk mengingat orang ramai bahawa Ekspo China-ASEAN akan diadakan tidak lama lagi. Bandar itu juga mengalami perubahan besar untuk menyambut ekspo itu.
Di hadapan jam itu ialah Jalan Etnik. Orang tempatan menyatakan bahawa jalan itu sangat sunyi sepi pada beberapa tahun yang lalu, sekarang sangat sibuk. Sejak Pusat Pameran Antarabangsa Nanning, lokasi Ekspo China-ASEAN mulai dibina, jalan yang menuju ke pusat itu semakin hari semakin sibuk.
Di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Nanning di Landong telah dibina banyak bangunan moden. Banyak restoran yang mempunyai ciri-ciri Asia Tenggara dibuka dan sebuah taman Asia Tenggara sedang dibina.
Di Lapangan Etnik, seorang gadis telah mengeluarkan surat jemputan kepada orang ramai. Beliau telah memperkenalkan bandar Nanning kepada wartawan kita dan para pelancong, beliau berharap orang dalam kalangan mekap di pelbagai tempat menyertai "Ekspo Barangan Mekap Guangxi" yang akan diadakan pada Oktober tahun ini.
Sejak Nanning ditetapkan sebagai lokasi berkekalan Ekspo China-ASEAN, perindustrian pameran tempatan berkembang pesat. Tenaga profesional bahasa asing terutamanya mereka yang fasih berbahasa Asia Tenggara sangat popular di bandar itu.
Di kawasan kediaman Longsheng, orang-orang tua juga belajar bahasa Vietnam. Mereka berkata, mereka boleh bersalaman dengan para pelancong dari Vietnam pada masa akan datang. Para pelajar dari negara ASEAN yang belajar di Universiti Etnik-Etnik Guangxi sering memberi kuliah kepada orang tua tersebut di kawasan kediaman itu. Peluang membelajari bahasa negara ASEAN boleh didapati di seluruh bandar. Banyak universiti di Guangxi akan membuka jurusan bahasa Myanmar dan Indonesia pada tahun ini.
|