Jurucakap Biro Statistik Beijing, Puan Yu Xiuqin semalam memaklumkan pihak media tempatan dan luar negara bahawa kadar pertumbuhan ekonomi Beijing pada setengah tahun pertama tahun ini telah mencapai 13.3%, ekonomi stabil dan berkembang pesat, keefisenan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat banyak meningkat.
Dalam sidang akhbar tentang perkembangan ekonomi Beijing pada setengah tahun pertama tahun ini yang diadakan di Beijing semalam, Puan Yu Xiuqin berkata, jumlah nilai keluaran di Beijing pada enam bulan lalu mencapai lebih 190 bilion yuan RMB, kadar pertumbuhannya mencapai 13.3%.
Menurut statistik bahawa kadar pertumbuhan ekonomi di Beijing melebihi 10% sejak tahun 1999.
Pertumbuhan yang pesat itu bergantung kepada perbelanjaan kenderaan dan teknologi tinggi yang berkembang pesat dalam tahun-tahun yang lalu. Tetapi pertumbuhan ekonomi Beijing pada tahun ini dimanfaatkan industri kedua dan industri ketiga yang berkembang baik.
Puan Yu Xiuqin berkata, dalam industri kedua, sektor pembuatan komunikasi, pengeluaran perubatan, pembuatan kemudahan lalu lintas, penapisan minyak dan pengeluaran kenderaan berkembang pesat. Dalam industri ketiga, pendapatan sektor perkhidmatan banyak bertambah.
Yu Xiuqin menambah, taraf kehidupan penduduk Beijing juga banyak meningkat.
Untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi pesat, kerajaan Beijing telah menyusun semula dan menghentikan beberapa projek yang tidak sesuai dengan perkembangan perindustrian.
Walaupun ekonomi Beijing pada setengah tahun pertama tahun ini berkembang pesat dan kawalan makro mencapai kejayaan, tetapi masih terdapat masalah dalam perkembangan ekonomi Beijing seperti kemalangan kesihatan awam dan pengeluaran telah memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosioekonomi.
Kerajaan Beijing akan terus mengambil tindakan kawalan bersepadu untuk menjamin pertumbuhan ekonomi pada setengah tahun kedua tahun ini stabil.
----Wang Jin
|