Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-15 14:21:20    
Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN telah Membuka Peluang Pembangunan Hainan China

CRI
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan antara China dan negara anggota ASEAN berkembang pesat. Pada November tahun 2002, China dan ASEAN telah memeterai "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN" untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN pada tahun 2010. Zon tersebut akan memainkan peranan positif mendorong pertumbuhan ekonomi China dan negara anggota ASEAN.

Provinsi Hainan terletak di hujung selatan China, Provinsi Hainan menganggap penubuhan zon tersebut sebagai satu peluang. Naib Gabenor Provinsi Hainan Liu Qi semasa diwawancara menyatakan, Provinsi Hainan mempunyai banyak keunggulan dalam perdagangan dengan ASEAN. Beliau berkata, "Provinsi Hainan terletak di hujung selatan China, berhadapan Vietnam, Filipina dan Malaysia di seberang laut, lokasinya sangat strategik. Hainan boleh menghubngkan negara anggota ASEAN dengan China, ini adalah satu peluang kepada Hainan."

Encik Liu Qi menyatakan, Provinsi Hainan sudah menjadi zon ekonomi khas selama 16 tahun dan melaksanakan banyak dasar keutamaan, infrastrukturnya semakin hari semakin lengkap, taraf ekonomi dan teknologinya semakin hari semakin tinggi, kerjasama sains dan teknologi antara Hainan dan ASEAN sudah mempunyai dasar yang tertentu. Oleh sebab berdekatan dengan negara anggota ASEAN, pengangkutan melalui perkhidmatan penerbangan dan laluan laut antara Hainan dan ASEAN sangat mudah, khususnya penubuhan Forum Boao Asia telah menyediakan arena kerjasama yang meluas kepada Provinsi Hainan dan negara anggota ASEAN. Beliau berkata, "Forum tersebut merupakan arena yang baik kepada Hainan untuk membuka pintunya. Terdapat banyak negara anggota ASEAN mengetahui Hainan melalui forum tersebut. Forum itu juga merupakan peluang yang baik kepada Hainan untuk mengadakan pertukaran dengan ASEAN."

Naib Gabenor Liu Qi berpendapat, sebagai pulau, pasaran Hainan kurang luas, pasaran dan bahan mentah Hainan terletak di luar pulau itu, Hainan mesti membuka pintunya, dengan tenaga pendorong dari luar untuk mengembangkan ekonomi pulau itu. Penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN telah menyediakan satu peluang yang baik. Beliau berpendapat, Hainan mempunyai banyak keunggulan untuk bekerjasama dengan negara ASEAN dalam pelbagai bidang. Beliau berkata, "Terdapat banyak sumber antara Hainan dan negara anggota ASEAN hampir sama, kedua-dua pihak boleh saling melengkapi dan bekerjasama."

Beliau menyatakan, Provinsi Hainan merupakan provinsi pertama di China yang membuka hak penerbangannya, iaitu pesawat asing boleh singgah di Hainan untuk meneruskan penerbangan ke negara lain, ini juga merupakan syarat yang berfaedah kepada Hainan untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN.

Semasa menyentuh tentang masa depan pertukaran dan kerjasama Hainan-ASEAN, Liu Qi berpendapat, kedua-dua pihak tersebut boleh meningkatkan kerjasama dalam bidang pertanian, perubatan dan sektor pelancongan. Beliau berkata, "Hainan dan negara anggota ASEAN boleh bekerjasama dalam bidang pertanian tropika. Walaupun hasil pertanian kedua-dua pihak hampir sama, tetapi taraf Hainan lebih rendah. Kami akan meningkatkan kerjasama dengan ASEAN, menarik pelabur dari ASEAN untuk mendorong pertanian Hainan."

Liu Qi berpendapat, Hainan dan ASEAN mempunyai ruang kerjasama yang meluas dalam sektor pelancongan. Hainan mempunyai kemudahan pelancongan yang baik, tetapi harus mempelajari pengalaman negara anggota ASEAN dalam urusan pentadbiran dan perkhidmatan. Selain itu, pelancong dari Tanah Besar China dan negara anggota ASEAN boleh singgah di Hainan, ini boleh menyediakan pasaran yang lebih meluas.

Liu Qi juga menyatakan, kedua-dua pihak tersebut juga boleh mengadakan kerjasama yang meluas dalam bidang perubatan. Kebanyakan negara anggota ASEAN masih kurang maju dalam bidang pembuatan ubat, lantaran itu, Hainan mempunyai sumber tumbuh-tumbuhan herba dan sumber haiwan laut yang boleh diproses menjadi ubat, industri perubatannya sudah mempunyai skop yang tertentu, kedua-dua pihak boleh bekerjasama dari pelbagai segi.

Akhirnya Naib Gabenor Liu Qi menyatakan, Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN telah menyediakan peluang kerjasama yang baik kepada Hainan dan ASEAN, asalkan Hainan dan ASEAN saling melengkapi dan saling menguntungkan, kedua-dua pihak boleh mencapai kemajuan bersama-sama.

----Andika