Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-15 14:58:12    
Pasukan Bola Sepak China Diharapkan Capai Kemenangan dalam Piala Asia

CRI
Kejohanan Bola Sepak Eropah baru berakhir dan pertandingan bola sepak Piala Asia akan diadakan, pada 17 Julai hingga 7 Ogos, pertandingan itu akan diadakan serentak di Beijing, Jinan, Chengdu dan Chongqing China.

Dalam pertandingan Kejohanan Eropah, pasukan Portugis, tuan rumah kejohanan itu telah memasuki pertandingan akhir, manakala China juga berharap agar pasukan China mencapai kemenangan dalam Piala Asia kali ini.

Pasukan Portugis menjadi naib johan dalam Kejohanan Eropah baru-baru ini, ia merupakan pencapaian yang terbaik pasukan Portugis dalam pertandingan antarabangsa. Ramai tokoh di kalangan bola sepak antarabangsa berpendapat bahawa pencapaian itu berkait rapat dengan peranannya sebagai tuan rumah. Pada hakikatnya, kelebihan itu amat penting, banyak pasukan menjadi johan dalam Piala Dunia dan pertandingan antarabangsa yang lain.

Pasukan Republik Korea, Iran, Kuwait dan Jepun pernah menjadi johan dalam pertandingan bola sepak Piala Asia sebagai tuan rumah. Piala Asia buat kali pertama diadakan di China pada tahun ini, pasti akan menyediakan peluang yang baik kepada pasukan China. Pencapaian pasukan China terbaik ialah naib johan Piala Asia pada tahun 1984. Persatuan Bola Sepak China telah menetapkan matlamat pasukan China dalam Piala Asia kali ini iaitu memasuki pertandingan separuh akhir. Tetapi ramai pegawai persatuan itu menyatakan bahawa mereka berharap agar pasukan China dapat merealisasikan impian China menjadi johan.

Apakah kelebihan sebagai tuan rumah?

Pasukan tuan rumah sesuai dengan keadaan cuaca dan lokasi pertandingan, mempunyai peminat bola sepak yang ramai dan merangsangkan. Walau bagaimanapun, pengharapan Persatuan Bola Sepak dan para peminat terhadap Pasukan China mungkin akan memberi tekanan besar kepada para pemain. Ketua Jurulatih pasukan China warga Belanda, Arie Haan berpendapat bahawa tekanan itu akan mempengaruhi pasukan China mencapai kemenangan.

Dalam pertandingan persiapan Piala Asia baru-baru ini, pasukan China menewaskan pasukan Lubnan dengan 6:0. Tetapi Haan menasihati para pemain jangan sombong dan mesti menghadapi setiap pertandingan Piala Asia. Beliau berkata,

"Membuat persiapan yang baik demi pertandingan biasanya boleh meningkatkan keyakinan para pemain, tetapi juga akan memberi kesan negatif."

Bekas Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Asia, Encik Chen Dacheng ketika diwawancara menyatakan, pasukan Republik Korea dan pasukan Jepun ialah pasukan yang bertaraf paling tinggi di Asia. Beliau juga telah menerangkan kelemahan pasukan China dari segi teknik.

"Kelemahan utama pasukan China ialah teknik dan keupayaan perseorangan kurang baik. Justeru pasukan China masih menghadapi banyak kesukaran untuk memasuki tiga tempat terdepan dalam pertandingan Piala Asia kali ini."

Sikap teliti beliau itu mencerminkan bahawa pasukan China akan menghadapi banyak halangan dan kesukaran dalam pertandingan Piala Asia kali ini, tetapi para pemain China berkeyakinan penuh. Shao Jiayi, pemain pasukan China berpendapat, jurang perbezaan antara pasukan China dengan Jepun dan Republik Korea kurang lebih sama, kami dapat mencapai kemenangan kalau semua pemain bersatu padu. Beliau berkata,

"Saya berpendapat corak permainan pasukan kita amat baik. Kami telah menonton pertandingan Kejohanan Eropah, pasukan Greece dapat menjadi johan kerana mereka bersatu padu. Saya percaya bahawa pasukan China pasti akan mencapai kejayaan besar dalam pertandingan Piala Asia kali ini."

Piala Asia menandakan taraf tertinggi bola sepak di Asia, setiap pasukan berhasrat menjadi johan. Pasukan China juga tidak terkecuali hendak merealisasikan impiannya dalam pertandingan Piala Asia kali ini.

(Provinsi Shandong telah membuat banyak persiapan untuk menjamin pertandingan Piala Asia di Shandong diadakan dengan baik.)

----Wang Jin