Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri Thailand Thaksin semalam memaklumkan kepada media massa bahawa selesema burung di Thailand sekarang tidak akan merebak ke seluruh negara.
Thaksin berkata bahawa ternakan ayam-itik yang dijangkiti di Thailand sekarang tidak banyak, virus wabak selesema burung yang merebak semula adalah sama dengan virus wabak lama yang berlaku pada masa dahulu, tidak ditemui virus baru dan virus lama yang berubah. Beliau menambah bahawa perebakan selesema burung kali ini tidak menjejaskan eksport barang makanan daripada daging ayam dan itik Thailand.
|