Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-16 12:45:22    
KDNK China Meningkat 9.7% pada Enam Bulan Pertama Tahun Ini

CRI
Wartawan CRI melaporkan, jurucakap penerangan Biro Statistik Negara China, Zheng Jingping hari ini di Beijing dalam sidang media memaklumkan, pada enam bulan pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar China mencatat 5800 bilion Yuan Renminbi, meningkat 9.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Zheng Jingping berkata, pada enam bulan pertama tahun ini, kawalan makroekonomi China berkesan ketara, pengeluaran perindustrian kekal berkembang pesat, sektor import eksport dan penggunaan dana asing terus meningkat. Sesetengah unsur yang tidak stabil dalam operasi ekonomi telah dikawal pada peringkat awal. Ekonomi negara ini sedang berkembang ke arah jangkaan kawalan makroekonomi.