Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-16 15:28:21    
Indonesia, Malaysia dan Singapura Tingkatkan Keselamatan Selat Melaka

Agensi Berita Xinhua China
Agensi Berita Xinhua China melaporkan, menurut laporan media Indonesia semalam, demi membanteras dan mengawal kegiatan lanun yang semakin teruk di Selat Melaka, Indonesia, Malaysia dan Singapura yang terletak di pantai selat itu akan melaksanakan rondaan laut bersama pada 20 Julai untuk memelihara keselamatan Selat Melaka.

Laporan itu memetik kenyataan Panglima Agung Tentera Nasional Indonesia bahawa rondaan bersama hanya disertai oleh tentera laut ketiga-tiga negara tersebut.

Beliau menegaskan, kerajaan Indonesia tidak bersetuju A.S. menyertai rondaan untuk memelihara keselamatan Selat Melaka.

Pelaksanaan rondaan bersama merupakan salah satu langkah yang diambil oleh ketiga-tiga negara itu. Mereka juga telah menubuhkan pasukan khas untuk meningkatkan keselamatan Selat Melaka. Pasukan itu terdiri daripada 5 hingga 7 buah kapal perang dan lebih 2000 orang anggota tentera laut.