Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-16 11:29:52    
Pengenalan tentang Zhongguangcun Beijing Menarik Penuntut China yang Kembali dari Luar Negara Untuk Berkhidmat Kepada Tanah Air.

cri
Encik Deng Zhonghan selepas memperolehi ijazah doctor falsafah dalam bidang kejuruteraan elektronik di Amerika Syarikat, beliau bertugas di Syarikat IBM Amerika Syarikat, kemudiannnya, beliau telah membuka sebuah syarikat elektronik di Amerika Syarikat, dengan memperolehi pendapatan tahunan lebih 100 ribu dolar Amerika.

Tetapi pada tahun 1999, Encik Deng Zhonghan memutuskan untuk kembali ke tanah air, beliau telah membuka sebuah syarikat yang mengusahakan pengkajian dan rekabentuk chip silicon multimedia di Zon Sains dan Teknologi Zhongguangcun Beijing. Ketika diwawancara oleh wartawan Encik Deng menyatakan bahawa beliau kembali ke tanah air bukan hanya disebabkan rindu akan kampung halaman, tetapi juga kerana ekonomi China berkembang dengan cepat dan persekitaran pelaburan yang semakin baik.

Beliau berkata: "Kerajaan China menggalakkan penuntut China kembali untuk berkhidmat kepada tanah air, dan telah menyediakan syarat yang sangat baik kepada mereka. Selain itu, banyak perusahaan elektronik antarabangsa dibuka di China, ini mempunyai pasaran yang lebih luas.

Dimaklumkan, kini, pandangan penuntut China sudah berubah. Demi untuk menarik penuntut China kembali untuk berkhidmat kepada tanah air, Zon Sains dan Teknologi Zhongguangcun, telah menubuhkan pejabatnya di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan Belanda. Penuntut China boleh mengetahui keadaan zon tersebut. Selain itu, penuntut China akan mendapat perkhidmatan yang cepat dan keutamaan dalam urusan membeli rumah dan kereta serta menyewa pejabat.

Selain itu, zon tersebut juga menawarkan sokongan kewangan kepada penuntut China yang kembali ke tanah air. Pengarah Pejabat Perkhidmatan Penuntut China Jawatankuasa Pengurusan Zon Sains dan Teknologi Zhongguangcun Encik Chu Junwei berkata: " Ramai penuntut China kembali ke tanah air, mereka mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi dan projek yang baik dari luar negara, tetapi mereka kekurangan modal. Untuk memperolehi peruntukan dalam projek yang baik itu, zon tersebut telah menubuhkan sistem pengumpulan modal yang sempurna.

Encik Chu Junwei berkata, sehingga kini, Zon Sains dan Teknologi Zhongguangcun telah memberi bantuan kewangan sebanyak lebih 20 juta yuan Renminbi kepada lebih 240 buah perusahaan penuntut China yang kembali ke tanah air serta memberi pinjaman kewangan dengan diskaun sebanyak lebih 30 juta yuan Renminbi kepada 240 buah perusahaan penuntut China yang kembali dari luar negara. Selain itu, Zhonggguangcun juga dengan aktif membantu mereka untuk mendapatkan dana pelaburan risiko di dalam dan luar negara.

Kini, Zon Sains dan Teknologi Zhongguangcun mempunyai lebih 1700 buah perusahaan yang diusahakan oleh penuntut China yang kembali ke tanah air. Dalam masa 2 atau 3 tahun yang lalu, terdapat dua perusahaan penuntut China purata setiap hari dibuka di Zhongguangcun. Sebilangan besar penuntut China berjaya dalam menguruskan perusahaan mereka dan ada perusahaan menjadi perusahaan yang terkenal dalam bidang sains dan teknologi tinggi.

Semenjak Deng Zhonghan menubuhkan " Syarikat Mikroelektrik Zhongxing di Zhongguangcun pada tahun 1999, mikrocip gambar gital telah memasuki pasaran antarabangsa serta teknologi komunikasi multimedia telah berjaya digunakan dalam bidang teknologi maklumat yang berkembang dengan cepat. Menyentuh kejayaan perkembangan Syarikat selama 3 tahun yang lalu, Encik Deng Zhonghan berkata: " Pengeluaran syarikat kami telah bertambah 3 kali ganda, skop aset pula bertambah lebih 20 kali ganda dan kakitangan kami yang berjumlah beberapa orang pada masa awal bertambah kepada beberapa ratus orang kini. Syarikat ini telah memperolehi satu dua ratus paten dan barangan keluaran kami dieksport ke sebarang laut. Pelanggan kami terdiri daripada beberapa ratus bauah syarikat terkenal antaranya Samsung- Korea Selatan, Fujitsu-Jepun dan Philip- Eropah.

Encik He Zhongyi yang kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian di Toronto Kenada. Beliau telah menubuhkan " Syarikat Teknologi Maklumat di Zhongguangcun. Menyentuh masa depan perkembangan Syarikatnya, beliau penuh keyakinan berkata: "Pembangunan jaringan net institut pengajian tinggi di China telah mencapai kemajuan yang cepat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masa depan pasaran kami amat cerah. Syarikat telah menetapkan matlamat dan strategi iaitu menjadi pelopor dalam bidang gital di Universiti di China.

Selain itu, banyak zon khas yang diusahakan oleh penuntut China yang kembali ke tanah air telah ditubuhkan di Zon Sains dan Teknologi Zhongguangcun. Naib Ketua Jawatankuasa Pengurusan Zon Sains dan Teknologi Zhongguangcun Encik Zhang Guilin berpendapat, penuntut China yang kembali ke tanah air telah memainkan peranan yang penting dalam memangkin perkembngan teknologi tinggi termasuk elektronik, teknologi maklumat dan biologi di Zhongguangcun serta penciptaan sains dan teknologi dan penyusunan semula struktur perusahaan di zon tersebut. Beliau penuh keyakinan terhadap masa depan zon tersebut.

---- Wang Ling