Menurut berita CRI, jurucakap Biro Statistik Negara China encik Zheng Jingping hari ini di Beijing menyatakan bahawa tindakan kawalan makro ekonomi yang dilaksanakan oleh China terhadap sebahagian industeri yang berkembang terlalu pesat tidak akan menjejaskan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.
Zheng Jingping berkata, peningkatan kawalan makroekonomi merupakan tindakan untuk mengatasi masalah dalam operasi ekonomi dan juga merupakan tindakan yang dilaksanakan oleh pelbagai negara. Beliau menyatakan politik dan masyarakat China stabil, kos pengeluaran rendah, pasaran luas, masa depan melabur di China sangat baik.
|