Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-16 11:23:01    
Kereta Kecil?Pendorong Utama Industri Kenderaan China

Agensi Berita China
Kereta kecil yang juga disebut sebagai "kereta mini" di China, pernah popular dalam kemakmuran pasaran kendaraan di China pada tahun 2002.

Pada masa itu, di China hanya terdapat 2 jenis kereta kecil iaitu Xiali yang dihasilkan di Bandar Tianjin dan Changan Auto yang dihasilkan di Bandar Xian.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, industri kereta kecil berkembang dengan pesat.

Pada masa ini, pasaran kereta kecil di China terutamanya dikuasai oleh 5 jenama iaitu Spark, Aidier Changhe, Lubao, Changan Auto dan QQ Cheery.

Ditinjau dari segi jimat jermat, kereta kecil boleh dikatakan kereta yang paling sesuai digunakan di bandar kerana harganya murah, biasanya di bawah 70 ribu yuan RMB dan boleh diterima oleh keluarga biasa serta mampu dibeli oleh orang muda.

Sebenarnya, kereta kecil tidak kecil. Misalnya, Spark walaupun panjangnya hanya 3.5 meter, tetapi jarak rodanya 2.34 meter, dengan demikian, dalamnya luas sehingga pemandu yang setinggi 1.8 meter juga tidak terasa sempit.

Maklumlah, pada beberapa tahun kebelakangan ini, harga minyak semakin meningkat dan setiap pemilik kereta juga merasa agak sensitif.

Kereta kecil mempunyai banyak kelebihan termasuk penggunaan minyaknya sedikit dan jumlah kuasa kudanya kecil.

Misalnya, kereta kecil Spark 0.8 cc, penggunaan minyaknya hanya 4 liter untuk 100 kilometer dan murah sekali jika berbanding kereta 1.3 cc atau 1.6 cc.

Pada masa ini, kerana situasi lalu lintas kurang leluasa, banyak bandar telah menetapkan peraturan had kelajuan, iaitu 40 hingga 50 kilometer sejam, dan di lebuh raya, ialah 120 hingga 140 kilometer sejam. Kereta kecil yang dijual di pasaran sekarang boleh memenuhi permintaan tersebut pada asasnya.

Selain itu, kereta kecil biasanya mempunyai reka bentuk yang istimewa dan pencemarannya kurang.

Maka kami yakin berasaskan dasar keutamaan kerajaan China dan kemajuan teknologi kereta kecil akan menjadi pendorong utama dalam perkembangan industri kenderaan di China.

----AZMI