|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Pengarah Institut Asia-Pasifik Akademi Sains Sosial China Zhang Yunling di Beijing semalam berkata bahawa pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN akan membawa keuntungan yang terbesar kepada kedua-dua pihak.
Zhang Yunling ketika menyampaikan ucapan dalam Forum Orang Cina Sedunia ke-3 berpendapat bahawa China dan ASEAN adalah jiran yang saling melengkapi. Jumlah peningkatan perkapita perdagangan dua hala China dan ASEAN melebihi 20%. Sejak akhir tahun 1980-an, China dan ASEAN merupakan rakan perdagangan yang penting antara satu dengan lain.
|