Menurut berita CRI, Pasukan Penyelamat Kemanusiaan Filipina telah diundurkan dari Iraq semalam. Pada hari yang sama, Thailand juga mengumumkan akan mengundurkan tenteranya dari Iraq.
Menteri Luar Filipina puan Delia Albert mengumumkan bahawa 11 orang anggota pasukan penyelamat kemanusiaan negara itu telah berundur dari Iraq semalam. Tambah beliau, kerajaan Filipina akan terus berusaha menyelamatkan Angelo De La Cruz tebusan warga Filipina yang diculik oleh anggota bersenjata Iraq.
Pada hari yang sama, Menteri Pertahanan Thailand Chettha Thanajaro menyatakan kepada pihak media bahawa Thailand akan mengundurkan tenteranya dari Iraq pada 27 Julai menurut jadual waktu.
|