Menurut Harian Renminribao China hari ini bahawa bahagian kerajaan China yang berkenaan memaklumkan baru-baru ini, dalam tempoh setengah tahun pertama tahun ini, China giat mendorong pembaharuan pemungutan cukai di kawasan desa, dan setakat penghujung Mei, terdapat 23 provinsi di seluruh negara China telah mengurangkan 1% hingga 3% cukai pertanian.
Selain itu, terdapat 7 provinsi termasuk Jilin dan Heilongjiang telah membatalkan atau pada asasnya membatalkan cukai pertanian.
Pelbagai bahagian kerajaan China yang lain juga bersungguh-sungguh melaksanakan pelbagai dasar untuk mengurangkan bebanan kaum petani.
|