|
Menurut Harian Renminribao China semalam bahawa Persatuan Industri Kenderaan China memaklumkan baru-baru ini, walaupun jumlah penjualan kenderaan merosot pada suku kedua tahun ini, tetapi disebabkan peningkatan yang tinggi pada suku pertama tahun ini, penjualan kenderaan China meneruskan trend perkembangan yang agak pesat pada setengah tahun pertama tahun ini, dan meningkat 24% berbanding tempoh sama tahun yang lalu.
Berdasarkan statistik bahawa pada setengah tahun pertama tahun ini, jumlah pengeluaran kereta mencatat lebih 1.24 juta buah di China, penjualannya lebih 1.13 juta buah, dan nisbah pengeluaran dengan penjualan kira-kira 90%.
|