Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Naib Pengerusi Persatuan Pelancongan China Encik Lin Shan dalam "Forum Datuk Bandar Pelancongan Antarabangsa Tahun 2004" yang diadakan di Xinjiang, bahagian barat laut China baru-baru ini memaklumkan bahawa industri pelancongan China berkembang dengan pesat tahun ini, dalam tempoh dari Januari hingga Mei, pendapatan wang asing pelancongan mencapai 8.7 bilion dolar Amerika iaitu meningkat 36% berbanding tempoh sama tahun yang lalu.
Encik Lin Shan berkata, dari Januari hingga Mei, pelancong ke China berjumlah lebih 42 juta orang iaitu meningkat hampir 30% berbanding tempoh sama tahun yang lalu.
Pelancongan domestik juga berkembang dengan baik.
|