|
Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Projek Guiguang, salah satu Projek "Sediakan Tenaga Elektrik Barat ke Timur" China telah beroperasi secara rasmi semalam. Setakat kini, Jaringan Elektrik Selatan China telah berjaya membina 8 saluran penghantaran tenaga elektrik dari bahagian barat ke timur, dan jumlah kapasitinya mencapai 10.03 juta kilowatt.
Jaringan Elektrik Selatan telah berjaya mengatasi kekurangan tenaga elektrik di bahagian timur China.
Dimaklumkan bahawa Projek Guiguang tersebut bermula dari Provinsi Guizhou di bahagian barat daya China, dan menyambung Provinsi Guangdong. Pelaburan keseluruhannya projek itu mencatat 5.63 bilion yuan RMB.
|