Jumlah Perusahaan Import Eksport Beijing Tingkatkan 3.2 Kali Ganda Pada Separuh Pertama tahun ini
Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Pengarah Biro Perdagangan Beijing Li Zhao baru-baru memaklumkan bahawa sebanyak 1150 buah perusahaan import ekspor telah disahkan di Beijing pada separuh pertama tahun ini, meningkat 3.2 kali ganda berbanding tahun lalu dalam tempoh sama. Jumlah perusahaan swasta menempati separuh daripada jumlah keseluruhan perusahaan import eksport bandar Beijing .
Dimaklumkan bahawa jumlah import dan eksport perusahaan tempatan Beijing pada separuh pertama tahun ini mencatat 12.48 bilion dolar Amerika dan meningkat kira-kira 50%.
|
|