Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Ekspo Pertukaran Kerjasama Penciptaan Baru Sains dan Teknologi Perusahaan Pedagang Cina ke-2 telah dirasmikan di Bandar Shenyang, Provinsi Liaoning, bahagian timur laut China hari ini.
Topik utama ekspo itu ialah "Membangunkan semula bahagian timur laut, bekerjasama untuk bersama-sama mencapai kejayaan".
Seramai lebih 1,000 orang pedagang Cina yang datang dari Eropah, Amerika, Asia Tenggara, kawasan Hong Kong serta Makau, dan tokoh berkenaan dari Tanah Besar China telah menghadiri ekspo tersebut.
Ekspo yang berlangsung selama 3 hari ini akan mengadakan forum yang berkaitan dan mengundang pegawai bahagian kerajaan memaklumkan persekiaran pelaburan di ketiga-tiga provinsi bahagian timur laut China, keunggulan industrinya, projek pelaburan dan lain-lain.
|