Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Menteri Luar Filipina Puan Delia Albert hari ini menerusi stesen TV tempatan mengumumkan bahawa Filipina akan mengundurkan semua askar tenteranya dari Iraq pada 19 Julai.
Puan Delia Albert berkata, 32 orang pegawai dan askar tentera Filipna yang bertugas di Iraq akan menyerahkan kerja mereka kepada pegawai Poland Pasukan Pelbagai Negara yang ditempatkan di Iraq. Sebelum malam 19 Julai, mereka akan bertolak ke Kuwait dan menaiki kapal terbang pulang ke Filipina.
Sebelum itu, kerajaan Filipina telah mengumumkan seramai 19 orang anggota tentera negara itu telah diundurkan dari Iraq. Pada masa ini, anggota tentera Filipina itu berada di Kuwait dan menunggu kapal terbang untuk pulang ke tanah air mereka.
|