Menurut berita CRI, Ketua Pengurus Syarikat Kumpulan Industeri Nuklear China Kang Rixin baru-baru ini di Beijing menyatakan bahawa industeri nuklear China berkembang dengan cepat dalam tahun tahun kebelakangan ini dan mencapai kejayaan yang besar dalam bidang penyelidikan sains nuklear dan pembangunan logi jana elektrik nuklear.
Kang Rixin berkata bahawa China telah mempunyai sistem penerokaan penyelidikan sains nuklear yang sempurna sekarang. China berkeupayaan untuk mmembina dan menguruskan logi penjanaan elekteri nuklear yang berkapasiti 600 ribu dan sejuta kilowatt.
|