|
Menurut Agensi Beria Xinhua China, jurucakap penerangan Biro Statistik Negara China Yao Jingyuan semalam menyatakan bahawa ekonomi China mempertahankan secara berterusna trend pertumbuhan yang kekal, pesat dan sihat, tindakan kawalan makro telah mencapai hasil yang nyata pada separuh pertama tahun ini.
Yao Jingyuan dalam seminar penyelidikan khas perusahaan China yang diadakan di Guangzhou menyatakan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar China pada separuh pertama tahun ini meningkat 9.7%. Ini membuktikan bahawa tindakan kawalan makro telah mencapai hasil ketara.
Menyentuh isu inflasi China, Yao Jingyuan berpendapat bahawa inflasi tidak berlaku di China.
|