Jumlah pengeluaran hasil pertanian serta pendapatan kaum tani di China telah merealisasikan pertumbuhan yang besar pada setengah tahun pertama tahun ini. Ini merupakan kejayan yang besar dalam usaha kerajaan China untuk mengembangkan ekonomi tahun ini.
Pakar berkenaan menjelaskan bahawa terdapat tiga perubahan yang ketara dapat dilihat dalam pengeluaran hasil pertanian pada setengah tahun pertama tahun ini, iaitu pertama jumlah pengeluaran hasil pertanian pada musim panas bertambah dengan banyak dibandingan dengan tahun-tahun kebelakangan ini. Jumlah pengeluaran hasil pertanian pada musim panas tahun ini mencapai 101 juta 50 ribu tan, meningkat 4.8% berbanding tahun yang lalu, mengakhiri penurunan jumlah pengeluaran hasil pertanian dalam tempoh 4 tahun yang lalu. Keluasan penanaman pertanian pada tahun ini dijangka mencapai 100 juta hektar, bertambah kira-kira 2 juta 640 ribu hektar berbanding tahun lalu. Disamping itu, pendapatan wang tunai purata kaum tani meningkat dengan banyak pada setengah tahun pertama tahun ini dan mencapai 1345 Yuan Renminbi, meningkat 10.9% berbanding tahun lalu, peningkatan itu juga mencipta rekod paling tinggi dalam tempoh 8 tahun yang lalu.
Menteri Pertanian China, Du Qinglin ketika diwawancara menyatakan bahawa peningkatan pengeluaran hasil pertanian yang dicapai dalam setengah tahun pertama tahun ini cukup menggembirakan. Kaum tani mengusahakan penanaman dengan aktif berikutan pelbagai langkah dilaksanakan serta kenaikan harga hasil pertanian.
Sokongan tegas kerajaan China terhadap kaum tani, sektor pertanian dan kawasan desa di China merupakan faktor utama yang mewujudkan peningkatan pendapatan kaum tani itu. Pelbagai dasar yang bertujuan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan pendapatan kaum tani telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China serta Dewan Negara China pada tahun ini. Antaranya sistem pembelian hasil pertanian yang baru dikemukakan itu telah menjamin kepentingan kaum tani, tindakan menurunkan cukai pertanian juga dipercayai telah meringankan beban kaum tani, selain itu, subsidi yang diberi secara langsung kepada kaum tani telah menggalakkan kaum tani mengusahakan penanaman.
|