Baru-baru ini, pameran gambar lebih 80 taman geologi peringkat negara China telah diadakan semasa Persidangan Taman Geologi Dunia Pertama dan menarik ramai pelawat di bandar Beijing.
Setelah melawat pameran gambar itu, seorang sarjana Perancis memberitahu wartawan, "Sebelum datang ke China, saya cuma tahu tentang Tembok Besar, Kota Larangan?bandar Beijing dan bandar Shanghai di China. Tidak sangka terdapat bentuk muka bumi yang begitu cantik di China."
Semasa Persidangan Taman Geologi Dunia Pertama itu, selain pakar geologi dan pegawai dari pelbagai negara, pengurus pelbagai taman geologi berasa paling gembira kerana sejak penubuhan taman-taman tersebut, kesan ekonomi dan iklim telah dicapai.
Encik Han Yueping ialah Ketua Jabatan Pengurusan Taman Geologi Negara Gunung Yuntaishan di bandar Jiaozuo Provinsi Henan China. Beliau berkata, "Pada masa dahulu, kaum tani menebang dan membakar kayu untuk memasak. Sekarang kesedaran mereka untuk melindungi pokok dan rumput semakin meningkat." Ini kerana setelah taman geologi ditubuhkan, jumlah pelancong meningkat dengan pesat dan pendapatan kaum tani juga meningkat. Mereka semakin menyedari bahawa melindungi warisan geologi yang berharga itu bermakna melindungi kehidupan sendiri sama ada sekarang mahupun pada masa depan.
Taman Geologi Negara Gunung Yuntaishan ditubuhkan pada tahun 2001. Pada tahun itu, jumlah pelancong mencatat 380 ribu dengan pendapatan hasil penjualan tiket sebanyak 6.21 juta Yuan RMB. Pada tahun lalu, industri pelancongan China terjejas akibat perebakan wabak SARS, akan tetapi, jumlah pelancong yang melawat Gunung Yuntaishan meningkat kepada 950 ribu, pendapatan hasil penjualan tiket meningkat kepada 48 juta Yuan. Menurut anggaran Encik Han Yueping, pendapatan hasil penjualan tiket akan mencapai 100 juta Yuan RMB.
Sejak taman geologi negara ditubuhkan pada tahun 2001, terdapat 85 taman geologi negara di China sekarang, 8 antaranya serta 17 taman geologi di negara lain disahkan sebagai taman geologi dunia kumpulan pertama oleh UNESCO. Taman Geologi Negara Gunung Yuntaishan merupakan salah satu antara 8 taman tersebut.
Kawasan pelancongan Zhangjiajie di Provinsi Hunan juga mendapat faedah daripada penubuhan taman geologi. Naib Datuk Bandar Zhangjiajie Encik Du Fanglu yang menyertai Persidangan Taman Geologi Dunia menyatakan, sejak UNESCO mengesahkan kawasan pelancongan Zhang Jiajie sebagai taman geologi pada 13 Februari lalu, jumlah pelancong di kawasan itu meningkat 60%. Pendapatan hasil penjualan tiket yang terus meningkat telah digunakan untuk menyediakan peluang pekerjaan agar lebih ramai pekerja dapat melaksanakan tugas melindungi alam sekitar dan mencegah kebakaran hutan agar ekologi alam sekitar di taman itu dapat dilindungi dengan lebih baik.
Ketua Pengarah Bahagian Alam Sekitar Geologi Kementerian Tanah dan Sumber Alam China Encik Jiang Jianjun menyatakan, penubuhan taman geologi mendapat sambutan orang ramai?ia bukan sahaja meningkatkan kesedaran penduduk awam terhadap perlindungan warisan geologi, tetapi juga meningkatkan pendapatan sektor pelancongan bagi mendorong pertumbuhan ekonomi tempatan.
Menurut beliau, dijangka pada pertengahan abad ini, sebanyak 30 hingga 50 taman geologi dunia akan ditubuhkan di China, 200 hingga 250 taman geologi negara dan 500 hingga 750 taman geologi pringkat provinsi akan ditubuhkan. Pada ketika itu, sistem taman geologi negara yang lengkap akan dibentuk di China.
----Ching
|