Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China seluas lebih 1.1 juta kilometer persegi dengan jumlah penduduknya seramai 23.76 juta. Kebanyakan kaum tani di Mongolia Dalam itu berkerja dalam bidang pertanian dan penternakan, dan taraf kehidupan kaum tani yang bekerja dalam bidang pertanian tradisional sebagai punca rezeki kurang tinggi.

Pada beberapa tahun lalu, kerajaan kaunti Helin'ger bandar Huhhot, ibu kota Wilayah Autonomi Mongolia Dalam menerangkan bahawa penternakan lembu susu, berjaya mendorong penyusunan semula sektor pertanian, membentuk jambatan antara kaum tani dengan pasaran, sehingga kaum tani tersebut benar-benar mendapat keuntungan daripada penternakan lembu susu dan taraf kehidupan mereka semakin meningkat.
Pada tahun 1999, Kumpulan Mengniu merupakan salah satu antara empat perusahaan pemprosesan susu utama di China melabur di kaunti Helin'ger bandar Huhhot. Perusahaan itu bekerjasama dengan kaum tani tempatan untuk menyelesaikan isu bekalan susu. Untuk menjamin kualiti susu tersebut, Kumpulan Mengniu membentuk banyak pangkalan sumber susu di sana dan membantu kaum tani menternak lembu susu pada peringkat kerjasama awal itu.
Pengarah Pusat Perancangan Pasaran Kumpulan Mengniu, Encik Sun Xianhong memaklumkan,
"Kami bukan meminta kerajaan memaksa kaum tani bekerjasama dengan kami, malah, berdasarkan pada mekanisme pasaran. Keaktifan kaum tani dirancakkan apabila mereka mendapat keuntungan."
Kaum tani yang sentiasa menanam tanaman sebagai punca rezeki, agak sukar bagi mereka berubah untuk menternak lembu susu. Untuk menyakinkan mereka menternak lembu susu, Kumpulan Mengniu menyediakan bantuan kewangan kepada kaum tani tersebut semasa menjalin kerjasama peringkat awal, menyediakan latihan dan sokongan teknologi, menandatangani kontrak kerjasama dan berjaya menerima kaum tani dalam perusahaan itu.
Pengurus pemasaran Kumpulan Mengniu sentiasa berpendapat bahawa kualiti amat penting bagi perkembangan perusahaan. Manakala kualiti perlu terlebih dahulu dibuktikan oleh susu yang dibekal oleh kaum tani, hubungan kerjasama yang saling menguntungkan telah diwujudkan antara Kumpulan Mengniu dengan kaum tani tersebut.
Petani Kaunti Helin'ger Encik Wu Ailian adalah salah seorang yang bekerjasama dengan Kumpulan Mengniu. Pada tahun 2000, beliau mula menternak lembu susu. Pada masa ini, beliau menanam jagung untuk dijadikan makanan ternakan lembu susu. Beliau berkata,
"Pada masa dahulu, harga penjualan kuaci bunga matahari hanya 500 hingga 600 Yuan RMB bagi 0.065 hektar, sama dengan harga penjualan jagung. Akan tetapi, menanam jagung untuk makanan ternak lembu, setelah lembu susu mengeluarkan susu, harga susu akan meningkat sekali ganda."
Pada beberapa tahun lalu, pendapatan tahunan keluarga Wu Ailian hanya lebih 1000 Yuan RMB. Pada masa ini, beliau menternak 6 ekor lembu susu, pendapatan yang diperoleh kerana membekalkan susu kepada Kumpulan Mengniu mencatat lebih 30 ribu Yuan setahun. Pada masa ini, rumah keluarganya ialah rumah teres yang sederhana, akan tetapi beliau sudah membina kandang lembu yang baru. Semasa memperkatakan tentang kehidupannya pada masa ini, Wu Ailian memberitahu wartawan,
"Kami mengutamakan penternakan lembu susu pada masa ini. Apabila mendapat lebih banyak wang, rumah yang mewah mampu kami bina dalam tempoh 3 hingga 5 tahun yang akan datang."
----Ching
|