Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Menteri Perdagangan China, Liao Xiaoqi semalam di Shenyang mendedahkan bahawa nilai pengeluaran industri perusahaan asing menduduki 1/3 nilai pengeluaran industri China.
Beliau berkata, perusahaan asing telah menubuhkan lebih 600 pusat penyelidikan dan pembangunan di China. Perusahaan asing telah memangkin pembangunan ekonomi China.
Setakat penghujung Jun tahun ini, jumlah perusahaan asing di China mencapai lebih 480 ribu buah dan pelaburan asing di China melebihi 530 bilion dolar Amerika.
|