Telefon bimbit bagi penduduk China bukan alat yang baru, akan tetapi "akhbar telefon bimbit" bagi kebanyakan pembaca ialah satu konsep yang baru. "Akhbar Wanita China" telah beroperasi secara rasmi di Beijing semalam melalui pesanan ringkas telefon bimbit.
Akhbar telefon bimbit adalah menghantar isi kandungan berita daripada akhbar dihantar melalui teknologi elektronik kepada telefon bimbit pengguna, supaya para pengguna dapat membaca akhbar segera melalui telefon bimbit setiap hari.
Difahamkan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, trand perkembangan telefon bimbit China sangat cepat, setakat penghujung tahun 2003, kadar penggunaan telefon bimbit di China mencatat 20.9%, pengguna telefon bimbit telah mencapai lebih 260 juta orang yang menduduki tempat pertama di dunia. Dijangka pada tahun ini, pengguna telefon bimbit akan bertambah 52 juta orang di China. Abad ke-21 merupakan zaman maklumat, manusia sentiasa hendak mengetahui berita terkini, perkembangan teknologi telefon bimbit telah menyediakan kemungkinan itu, maka, akhbar telefon bimbit muncul.
Ketua Editor Akhbar Wanita China, Lu Xiaofei memaklumkan pada 1 Julai Akhbar Wanita China telah beroperasi. Mengikut keadaan pada lebih setengah bulan yang lalu, akhbar telefon bimbit itu telah mendapat perhatian para pengguna telefon bimbit, para pembaca terus bertambah.
Lu Xiaofei menganggap, Akhbar Wanita China telefon bimbit itu dari bentuk akhbar tradisional berkembang menjadi badan media digital mudah alih melalui penggunaan teknologi maju, pembacaan menjadi lebih bebas, mudah dan cepat, tidak kira di rumah atau oun dalam perjalanan, di Beijing atau di Tibet, di tempat yang dapat menerima perkhidmatan telekomnikasi akan mendapat berita terkini.
Ketika membicarakan masa depan perkembangan akhbar telefon bimbit, Ketua Pengurus Syarikat Net Ruang Angkasa Haoyi Beijing Berhad, Tang Dansong berkata, ketika ramai orang sedang menimati perkhidmatan pesanan ringkas, teknologi perkhidmatan telefon bimbit telah memasuki zaman yang baru. Masa depan akhbar telefon bimbit amat cerah.
|