Saudara barangkali membayangkan Sungai Yangtzer yang begitu indah pemandangannya seumpama laut atau Hada—selendang sutera yang diberikan oleh etnik Tibet dan Mongolia untuk menyampaikan selamat.
Pada 20 tahun yang lalu, sewaktu "Lagu Sungai Yangtzer" yang bergelora disiarkan dan suara penyanyi yang merdu ke udara, drama TV "Cerita Sungai Yangtzer" pernah menjadi tumpuan utama penonton China.
Baru-baru ini, drama TV "Cerita Baru Sungai Yangtzer" mulai difilemkan. Ramai pelakon drama TV yang berjaya melakonkan karya klasik itu bertemu untuk bertukar-tukar pendapat dengan pelayar Internet.
Sewatu memperkatakan keadaan pada 20 tahun lalu, Pengarah drama itu Encik Dai Weiyu menyatakan, kesulitan pertama yang mereka mengalami adalah masalah dana, maka mereka bekerjasama dengan pihak Jepun. Kesulitan kedua adalah kekurangan pengalaman. Mereka bergantung kepada kekuatan kolektif dan akhirnya mencapai kejayaan yang agak baik yang tidak dijangka.
Penulis skrip drama itu Encik Chen Hanyuan yang berumur 70 tahun ketika mengenang kembali kesulitan yang mereka mengalami pada 20 tahun lalu, berkata, "filem bukan sahaja merakamkan pemandangan alam, tetapi juga merakamkan keadaan rakyat, bangunan dan lain-lain. Pada 20 tahun yang lalu, negara kami agak miskin dan gaya berpakaian rakyat compang-camping dan hampir sama. Ia memang tidak mudah jika menfilemkan pemandangan yang sebenarnya dan menjadikan para penonton berasa tanah air kami megah lagi indah."
Dalam tempoh 20 tahun sejak drama TV "Cerita Sungai Yangtzer" disiarkan, kawasan aliran Sungai Yangtzer merupakan tempat yang paling jelas mencerminkan pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu di China, dan juga berkembang sebagai pendorong utama dalam pertumbuhan sosioekonomi China. Perubahan kawasan aliran Sungai Yangtzer mencerminkan perubahan China.
Encik Li Jinzhu, Pengarah drama TV "Cerita Baru Sungai Yangtzer" menjelaskan, drama TV "Cerita Sungai Yangtzer" yang difilemkan pada masa dahulu mengutamakan pemandangan alam, kesan sejarah, dan kebudayaan. Tetapi, pada masa ini, kami telah mempunyai pandangan yang lebih mendalam terhadap Sungai Yangtzer.
"Matlamat utama filem 'Cerita Baru Sungai Yangtzer' adalah untuk menggambarkan ekologi alam sekitar iaitu asas bagi Sungai Yangtzer mewujudkan perkembangan secara berterusan. Dalam penggambaran awal, kami telah mengesan masalah ekologi yang berkaitan dengan Sungai Yangtzer, misalnya, keluasan hutan berkurangan, salji yang meliputi gunung semakin berkurangan, air dicemari, paya berkurangan dan lain-lain. Kami akan berdasarkan prinsip pembangunan secara saintifik, mengemukakan cadangan perlindungan alam sekitar Sungai Yangtzer."
Beliau memaklumkan bahawa pada penghujung Julai, mereka akan bersama-sama Akademi Sains China mengadakan peninjauan dan penggambaran di hulu Sungai Yangtzer. Perubahan ekologi di hulu Sungai Yangtzer akan menjadi salah satu fokus yang diberi keutamaan.
Mulai pertengahan Jun 2004, kumpulan kakitangan filem "Cerita Baru Sungai Yangtzer" akan bertugas di kawasan aliran Sungai Yangtzer selama hampir 2 tahun. Drama TV tersebut terdiri daripada 33 babak, dan setiap babak selama 30 minit.
Encik Li Jinzhu memaklumkan bahawa "Cerita Baru Sungai Yangtzer" menetapkan 3 topik dalam drama itu iaitu alam sekitar dengan manusia di bahagian hulu, projek tali air dan bencana banjir di bahagian tengah dan pembangunan di bahagian hilir.
---AZMI
|