Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-20 11:51:18    
Pendapatan Kaum Tani Meningkat melalui Usaha Perhutanan

Agensi Berita Xinhua China

Pendapatan kaum tani China semakin meningkat berikutan perkembangan pesat usaha mencegah peluasan kawasan pasir, pemulihan tanah pertanian mejadi hutan semula, pembentukan sistem hutan perlindungan Sanbei serta pelbagai projek perhutanan yang penting.

Kejayan yang tertentu telah dicapai dalam kawalan ekologi alam sekitar dan pembangunan ekonomi melalui usaha kawalan pasir di sejumlah kawasan utara yang dipengaruhi oleh kesan negatif akibat ribut pasir di sana.

Seramai 16 juta 220 ribu penduduk mendapat keuntungan daripada pelaksanaan projek kawalan punca pasir di Beijing dan Tianjin. Pendapatan kaum tani di kawasan itu telah meningkat hampir 1100 Yuan Renminbi dibandingkan tahun 1999 sebelum projek itu dilaksanakan.

Kaum tani di kawasan utara provinsi Hebei China telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka melalui penanaman buah-buahan, industri pelancongan dan usaha penternakan.

Kemiskinan telah dibasmi di kalangan sejuta kaum tani di bandar Zhangjiakou melalui usaha menanam anggur dan sayur-sayuran. Enam pangkalan buah-buahan yang seluas 47 ribu hektar telah dibina di bandar Chengde pada tahun 2003. Kerajaan bandar Ereduosi, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China telah melaksanakan pelbagai dasar untuk menggalakkan pelabur asing serta usahawan sewasta melabur dalam projek mencegah dan mengawal pasir. Sehubungan itu, Kaum tani yang menetap di sana telah berjaya mendapat pendapatan purata sebanyak 350 Yuan Renminbi setiap orang daripada industri perhutanan dan usaha mengawal pasir.

Pegawai Biro Perhutanan Negara China menyatakan, kerajaan pelbagai tempat telah berusaha meningkatkan pendapatan kaum tani yang mengusahakan industri perhutanan. Industri perhutaan telah menjadi sumber utama bagi menjana ekonomi di kawasan desa serta meningkatkan pendapatan kaum tani di China dan boleh menyediakan peluang pengambilan kerja kepada seramai kira-kira 45 juta kaum tani setiap tahun.